Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    IPaQ rancang wujud kolej Al-Quran pertama Sabah

    SEMPORNA, 5 Feb – Institut Pengajian Al-Quran (IPaQ) merancang untuk mewujudkan kolej Al-Quran pertama di negeri ini dengan mensasarkan peningkatan bilangan insan yang mahir membaca al-Quran.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan IPaQ, Dr. Tajudin Jali berkata ini ekoran melihat kepada kesungguhan pemimpin kerajaan negeri yang komited mahu memastikan umat Islam di negeri ini mahir membaca Al-Quran.

    “Selain itu, sambutan masyarakat terhadap IPaQ di negeri ini menggalakkan sejak pelbagai Program IPaQ dijalan dan diperkenalkan kepada rakyat Sabah sejak tiga tahun lalu,” katanya.

    Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau lokasi Akademi Pengajian Al-Quran Semporna bersama Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban di sini, hari ini.

    Sementara itu, mengenai Akademi Pengajian Al-Quran Semporna, katanya dua tenaga pengajar dari IPaQ akan ditempatkan di pusat itu bila mula beroperasi pada Mac tahun ini.

    “Akademi ini akan dibuka kepada kira-kira 50 pelajar dari sekolah rendah dan menengah sekitar Semporna yang memiliki masalah tidak tahu membaca Al-Quran,”katanya.

    Menurutnya, di akademi itu IPaQ akan menggunakan kaedah Abahata al-Jabari yang terbukti berkesan dalam pembelajaran Al-Quran termasuk untuk kanak-kanak autistik dan hiperaktif serta golongan muhajir yang baru memeluk Islam.

    “Pelbagai program yang diperkenal IPaQ di seluruh Malaysia termasuk di Sabah telah terbukti berkesan membasmi pelatih yang buta huruf Al-Quran bagi semua peringkat umur dalam tempoh yang singkat,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda