iPhone 7 Trump diselaputi emas, berlian

GOLDGENIE, sebuah syarikat barangan mewah terkenal dengan penyaduran emasnya bagi pelanggan-pelanggan kaya, yang mana baru-baru ini telah melancarkan iPhone 7 bertemakan Donald Trump yang diperbuat daripada emas 24k dan diselaputi dengan berlian.

Dan yang terbaiknya permata tersebut hanya bernilai AS$151,000.

Kedai runcit Goldgenie di Sharjah, sebuah bandar berhampiran Dubai, mempunyai idea tersebut bagi produk yang luar biasa ini selepas adanya permintaan khusus dari seorang wanita Cina, bulan lepas. Frank Fernando, pengarah urusan Goldgenie, enggan memberitahu nama pelanggan tersebut, tetapi berkata bahawa dia percaya keluarganya mahu memberikannya kepada Trump selepas perasmian pelantikkan beliau, sebagai hadiah. Bagaimanapun, Goldgenie suka dengan idea ini, sehingga mereka membuatnya dan boleh dibeli oleh pelanggan mereka yang lain.

Saya rasa saya boleh melihat beberapa orang terkaya di dunia akan menghabiskan AS$151,000 pada iPhone emas 7 yang dihiasi dengan l450 VS1 berlian putih dalam logo Apple dan di sekitar bahagian tepinya, tetapi siapa yang mahu muka senyum Trump dicap di atasnya? Nah, ternyata bahawa idea itu sangat memberi inspirasi, apabila Goldgenie mendakwa bahawa ia telah mempunyai sembilan lagi pesanan bagi iPhone Trump yang unik ini.

Bukan itu sahaja, laporan daripada Emirates 24/7 mengatakan bahawa pasukan jualan Goldgenie sebenarnya menerima beberapa pertanyaan sehari dari orang ramai yang inginkan wajah Trump terukir pada peranti mereka sendiri. Lelaki itu nampaknya benar-benar popular dalam kalangan golongan yang sangat kaya.

Goldgenie bermula di London pada tahun 1989.
Goldgenie bermula di London pada tahun 1989.
Seorang warga Cina ingin memberikan iPhone 7 Trump yang diselaputi emas dan berlian itu kepada Donald Trump selepas perasmian pelantikan beliau.
Seorang warga Cina ingin memberikan iPhone 7 Trump yang diselaputi emas dan berlian itu kepada Donald Trump selepas perasmian pelantikan beliau.

Pasukan syarikat itu telah menghabiskan 180 jam kerja pada iPhone 7 yang direka khas, tetapi itu bukan satu-satunya alasan untuk tag harga yang menakutkan. Peranti ini juga datang dengan penyulitan gred tentera serta ciri-ciri privasi panggilan. Namun AS$151,000 bunyinya seperti tidak siuman. Dan jika anda masih tertanya-tanya apakah jenis orang yang akan membeli sesuatu seperti ini, Frank Fernando gembira untuk menggambarkan pelanggan biasa mereka: “sangat kaya, individu yang tinggi nilainya bagi sesiapa yang membelikan hadiah yang amat sukar dibeli kerana mereka mempunyai segala-galanya. “

Goldgenie bermula di London, pada tahun 1989, dan melakar nama syarikat mereka sendiri dengan penyaduran emas dengan apa yang pelanggan me-reka mahukan. Malah pada hari ini, Fernando mengakui bahawa mereka kadang-kadang akan membawa mesin penyaduran emas istimewa mereka ke rumah orang-orang kaya untuk menghiasi bilik mandi mereka.

Selepas membangunkan pusat pelanggan Arab mereka secara besar-besaran, mereka mengambil keputusan untuk membuat barang-barang yang sangat mahal mereka tersedia di seluruh rantau Teluk, dan membuka kedai runcit pertama mereka di Sharjah. Ia telah berjalan dengan baik di mana mereka kini merancang untuk membuka cawangan baru merkea di negara jiran Qatar dan sebuah lagi di Arab Selatan.