Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    IPT terlibat ibadah korban

    Oleh Salawati Haji Yahya, Ak Zaki Kasharan & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Institusi-institusi pengajian tinggi juga tidak ketinggalan untuk merebut fadilat yang terkandung dalam ibadah korban.

    Universiti Brunei Darussalam (UBD) menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UBD dan Persatuan Mahasiswa-mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD), adalah antara yang turut menyemarakkan Aidiladha dengan majlis ibadah korban di Universiti StartUp Centre, UBD, hari ini.

    UBD telah menggunakan perkhidmatan bekalan dan penyembelihan daripada Syarikat PDS di mana enam ekor lembu dan dua ekor kambing telah dikorbankan dengan seramai 32 orang telah menyertai ibadah korban dan akikah pada tahun ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan pengagihan daging korban dan akikah kepada para peserta ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Agihan daging korban untuk fakir dan miskin telah dihantar oleh para sukarelawan dalam kalangan pelajar UBD ke rumah para penerima terpilih di sekitar kawasan Kampung Rimba dan kampung berdekatan.

    Naib Canselor UBD ketika mengagihkan daging ibadah korban dan akikah sempena Aidiladha.
    Pengagihan daging korban di UBD.
    Dr Arman ketika menyerahkan daging korban UNISSA kepada para penerima. – Gambar serahan UNISSA
    Dr Haji Adanan ketika menyempurnakan pengagihan daging-daging korban kepada penerima di Dewan Tarbiah, KUPU SB. – Gambar serahan KUPU SB
    Beberapa pelajar IBTE SBC ketika menyertai majlis ibadah korban di perkarangan kantin kampus berkenaan.

    Sementara itu, lima ekor kerbau telah dikorbankan bagi majlis ibadah korban Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), kelmarin, yang berlangsung di Dewan Serba guna, Kolej Kediaman UNISSA.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan agihan daging korban kepada para penerima yang terdiri daripada 27 orang asnaf fakir miskin dan warga UNISSA ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Arman bin Haji Asmad.

    Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pula mengadakan majlis pengagihan daging korban di Dewan Tarbiah, kolej tersebut, hari ini, di mana dua ekor kerbau dan dua ekor kambing telah ditumbangkan.

    Pengagihan daging korban kepada 64 penerima terdiri daripada kakitangan dan pelajar KUPU SB telah disempurnakan oleh Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar.

    Di Daerah Belait, Institut Pendidikan Teknikal (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) turut mengadakan majlis serupa, kelmarin, yang diadakan di perkarangan kantin kampus berkenaan.

    Empat ekor kerbau telah dikorbankan pada majlis itu dengan pelajar yang hadir, tenaga pengajar dan kakitangan bergotong-royong memotong dan membungkus daging-daging korban berkenaan.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengetua IBTE Satelit, Dr Suhaimi bin Haji Abdul Wahab yang diiringi oleh Pengurus Akademik IBTE SBC, Awang Mohamad Zainor bin Haji Zainal.

    Daging-daging korban telah diagih-agihkan kepada penerima terpilih daripada kalangan kakitangan dan pelajar kampus tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...