Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Iqbal akui impian jadi majikan, artis sejak bangku sekolah

    Setiap kejayaan bermula dengan angan-angan. Itu yang dilalui usahawan dan penyanyi, Ahmad Iqbal apabila dia menyimpan impian untuk menjadi seorang majikan dan artis sejak di bangku sekolah.

    Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli menganggap kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah hasil daripada usaha keras untuk mencapai angan-angannya itu.

    “Tahun 2013, setiap orang bermula dengan acah-acah sebelum berjaya. Saya lalui semua ini. Dalam tidak sedar, dulu saya acah-acah seperti seorang majikan, kadang posing acah-acah artis. Jangan rasa malu.

    “Memang begitu prosesnya. Kita semua lalui sebelum naik tangga ke satu tangga di atas. Jangan rasa rendah diri dan tutup minda bahawa suatu hari kita akan berjaya seperti dalam fikiran hari ini,” katanya.

    Usahawan kontroversi berusia 27 tahun itu turut memuat naik foto dirinya ketika di usia 19 tahun di laman Instastory pada Isnin.

    Iqbal akui dia menyimpan impian menjadi seorang majikan dan artis sejak bangku sekolah. – Agensi

    Iqbal bermula dengan menjadi pembantu peribadi usahawan kosmetik Datuk Seri Vida dan kini memiliki perniagaan sendiri selain mempunyai single berjudul Hujan pada tahun lalu.

    Malah, video muzik lagu tersebut yang mendapat lebih 400,000 tontonan selepas dimuat naik di YouTube dalam tempoh 15 jam melayakkan dia untuk menyertai program Big Stage 2022.

    Dalam pada itu, Iqbal yang menjadi peserta pertama Big Stage 2022 tersingkir berkata, pendapat orang sekeliling memainkan peranan penting dalam mencorakkan kejayaan seseorang.

    “Satu perkara besar membantut kejayaan kita adalah kerana terlalu banyak ambil pendapat kawan, keluarga. Nampak kecil, kesannya besar. Kita bertanya, bolehkah aku buat begini?

    “Padahal kita sendiri sudah tahu apa yang kita mahu buat itu mendatangkan kejayaan. Tempuhi sahaja perkara sedikit payah atau sedikit menjatuhkan standard. Jangan tanya orang lagi.

    “Ada perkara kita perlu bertanya dan dapatkan jawapan biar jelas sebelum lakukan. Ada hal, buat saja, ini masa depan kita,” nasihat Iqbal.

    Sementara itu, Iqbal yang kini menceburi bidang lakonan turut memberi tip untuk seseorang itu berjaya dengan mengetahui kelemahan dan kebolehan yang ada dalam diri sendiri. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...