Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Iqbal dituduh calit minyak dagu dekat Vida

    Video tular usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli mendekati Datuk Seri Vida pada konsert akhir Big Stage 2022 Ahad lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

    Berdasarkan gerak tubuh Vida, dia kelihatan tidak selesa apabila Iqbal, 28, menghampirinya di tempat duduk presiden warganet di hadapan pentas.

    Lebih panas apabila warganet mendakwa Iqbal yang juga bekas peserta Big Stage 2022 cuba meletakkan minyak pengasih kepada Vida.

    Menyedari wujudnya tuduhan liar itu, Iqbal bagaimanapun menyifatkan ia sebagai satu fitnah.

    “Kecoh fitnah saya letak minyak mayat pada DSV. Rasa ingin marah tapi kena sabar. Saya rasa lucu apabila orang kata saya letak minyak perahan daripada mayat.

    Video tular Ahmad Iqbal Zulkefli mendekati Datuk Seri Vida mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet. – Agensi

    “Letak minyak dagu dekat DSV. Orang-orang macam ini mungkin rasa bangga apabila ia viral, bangga fitnah orang. Dan keturunan saya tidak ada main benda itu.

    “Tapi tidak apa, saya tidak kisah pun, teruskanlah saya tidak simpan dalam hati pun,” katanya.

    Menjelaskan tentang situasi pertemuannya dengan Vida seperti yang dilihat dalam video berkenaan, Iqbal berkata dia sebenarnya mahu bergambar dengan bekas kekasihnya itu.

    Selain itu Iqbal berkata dia juga berhasrat untuk menunjukkan cincin pemberian Vida namun permintaan ditolak penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu.

    Dalam pada itu menerusi Instastory, Iqbal turut memuat naik paparan skrin komen yang mengatakan dia mengejar Vida ketika usahawan itu mahu pulang.

    “Sebenarnya DSV memang tidak ingin jumpa dia. Tiba-tiba dia datang dekat DSV. Masa nak balik pun dia kejar kami, tapi kami lari. Ingin viral la tu,” tulis individu pada komen berkenaan.

    Menjelaskan perkara tersebut, Iqbal berkata dia sanggup menebalkan muka untuk mengejar Vida kerana ingin meleraikan krisis antara mereka.

    Iqbal menegaskan tindakannya itu bukan disebabkan mahu mengejar populariti malah dia kini sibuk menerima banyak tawaran program TV dan drama.

    “Ini kenyataan daripada PA DSV. Tidak mengapalah, saya tebalkan muka untuk kejar beliau. Tidak mengapa kalau benar DSV lari daripada saya.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...