Iqbal tersinggung kisah cinta jadi bahan jenaka

Kisah cinta jadi bahan jenaka… bekas pembantu peribadi (PA) kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli mengakui tersinggung dengan tindakan segelintir pihak mempersendakan kontroversi mereka.

Kata Iqbal, 27, dia menyedari banyak content video yang dihasilkan oleh warganet di media sosial termasuklah program televisyen menggunakan kontroversinya itu sebagai bahan hiburan dan jenaka.

Mengakui pada awalnya terasa hati, Iqbal bagaimanapun berkata, dia memilih untuk kekal positif dengan usikan itu kerana menganggap hanya dia dan Vida sahaja mengetahui apa yang sedang berlaku.

“Pagi-pagi lagi saya dah nampak orang kongsi video parodi tentang saya dan DSV… sebelum ini banyak juga video sinis mengenai kami di laman sosial.

“Sejujurnya saya sedikit terasa hati apabila isu serius ini orang buat main-main, sedih apabila tonton video-video sebegitu. Tapi bila fikir balik nanti orang kata saya hati tisu pula, sedangkan saya pun ada perasaan juga.” – Agensi

Iqbal mengakui terasa hati mengenai perkongsian video parodi tersebut namun akhirnya memilih untuk kekal positif dengan usikan itu. – Agensi