Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Iqbal Zulkefli ambil anak angkat?

    Usahawan dan selebriti Iqbal Zulkefli kesal niat baiknya mengambil seorang anak angkat lelaki disalah erti dan dianggap hanya bertujuan untuk kandungan media sosial.

    Kata Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, apa yang dilakukan itu bukan main-main dan dia sudah memikirkannya masak-masak sebelum membuat keputusan untuk memikul tanggungjawab itu.

    Tambahnya, tugas baharu sebagai seorang bapa mengajar dia menjadi seorang yang lebih penyabar.

    “Apabila sudah bergelar bapa, saya menjadi seorang yang lebih matang dan kehidupan baharu ini mengajar saya erti kesabaran dan tanggungjawab yang sebenar,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Iqbal sebelum ini berkongsi satu video di laman Instagram miliknya dia mengambil seorang anak angkat lelaki pada 30 April lalu.

    Dalam pada itu, Iqbal berkata, dia tidak mahu memisahkan anak damit yang diberi nama panggilan Ahmad Ziyad dengan ibu kandungnya berikutan masih lagi menyusu badan.

    “Kalau boleh saya tak mahu terus pisahkan ibu dan anaknya dengan segera. Kasihan juga ibu itu menangis apabila anaknya diambil orang. Jadi ada beberapa hari saya akan hantar semula Ziyad kepada ibunya untuk disusukan.

    “Bagaimanapun saya tidak akan lepaskan tanggungjawab untuk menjaga Ziyad dan membeli segala keperluan sampai bila-bila,” ujarnya. – Agensi

    Iqbal mahu curahkan sepenuh kasih sayang kepada Ziyad. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...