Iracing bagi peminat tegar lumba kereta

INDIANAPOLIS – Perjalanan ke grid permulaan bagi Tony Kanaan bermula di dapurnya di Indianapolis, melalui ruang serambi, melewati kabinet trofi, naik tangga, turun ke ruang laluan, melewati bilik tidur utama, bilik mandi utama dan akhirnya dalam almari.

Di sinilah bekas pemenang Indiananpolis 500 berada pada hari Sabtu untuk menyertai perlumbaan sehari penuh iRacing pada simulator di sebuah tempat di mana isterinya bertolak ansur dengan semua ini. Kanaan mengambil bahagian dalam dua perlumbaan maya, seorang legenda yang memenangi kejohanan Indianapolis sebanyak tiga kali, Dario Franchitti. Kemudian dia menyertai siri enam-minggu pertama yang dilancarkan pada Sabtu lalu untuk memberi kandungan peminat IndyCar semasa pandemik koronavirus.

IndyCar mengikuti jejak NASCAR dan siri perlumbaan dalam membuat sesuatu – apa sahaja – untuk mengisi masa lapang ketika COVID-19 yang menyebabkan kesemua sukan digantung sementara.

IndyCar menggantung permulaan musim mereka 48 jam sebelum pembukaan pada 15 Mac di St. Petersburg, Florida, dan pada hari Khamis, Indiananpolis 500 telah menunda sehingga bulan Ogos.

NASCAR telah berjaya melancarkan siri iRacingnya pada Ahad lalu dan ia adalah rancangan e-sukan yang paling banyak menerima tontonan di televisyen dengan lebih dari 900,000 penonton. IndyCar tidak beroleh perjanjian televisyen jadi untuk menghargai perlumbaan ia telah disiarkan secara dalam talian dari maya Watkins Glen International Speedway, tempat yang telah diundi oleh peminat.

Imej yang diambil dari video yang diberikan olehiRacing IndyCar, pemandu IndyCar Kyle Kirkwood berlangar dengan Alexander Rossi semasa perlumbaan maya di Watkins Glen International Speedway. – AP
Pemandu Indy Car, Tony Kanaan, berlatih menggunakan simulator di rumahnya di Indanapolis. – AP
Tony Kanaan yang akan menyertai perlumbaan maya bersama dengan pemandu NASCAR, Jimme Johnson. – AP

Penstriman YouTube dari IndyCar dan iRacing mencatatkan kombinasi kira-kira 45,000 penonton untuk menyaksikan perlumbaan maya yang dipanggil oleh pengacara tetap NPC Sports, Leigh Diffey, Townsend Bell dan Paul Tracy. Penyerahan itu dilakukan dari jarak jauh, begitu juga dengan nyanyian lagu kebangsaan, yang dinyanyikan oleh penyanyi tetap Chicago Blackhawks, Jim Comelison.

Bidang ini termasuk juara tujuh kali NASCAR, Jimmie Johnson yang membuat penampilan iRacing hujung minggu lalu dalam pasaran saham kereta menggunakan tetapan SIM yang lebih sesuai untuk IndyCar atau kereta sport. Johnson menggunakan bilik almarinya untuk perlumbaan berpotensi dalam siri lain selepas bersara dari pelumba sepenuh masa di penghujung musim. Dia dijadualkan untuk mencuba IndyCar pada bUlan hadapan di Alabama tetapi ia telah dibatalkan di tengah-tengah pandemik.

Dia memakai baju T bagi menghormati pemadu roda terbuka, Greg Moore untuk debut IndyCar mayanya, yang disiarkan secara langsung di saluran media sosialnya. Kebanyakan pemandu cuba memberikan penonton gambaran bagaimana pengalaman mereka, termasuk James Hinchcliffe, yang terkenal di Kanada yang memainkan peranan dalam memakai baju flanel stereotaip dan topi merah pasukan Kanada menurup kepalanya. Tetapi masalah teknikal menghentikan penetapan SIMnya sebelum bendera hijau dan Hinchcliffe tidak dapat berlumba, bermain.

Hinchliffe terpaksa pergi ke rumah sahabatnya di kawasan Indianapolis untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan kerana dia tidak mempunyai simulator, sama seperti Robert Wickens, yang tidak ikut serta dalam perlumbaan sejak kecederaan saraf tunjangnya dalam kemalangan 2018 tetapi diharapkan berada dalam acara iRacing.

Wickens bergelut untuk mencari simulator dilengkapi dengan stereng roda dan kawalan tangan supaya diboleh menekan pedal. Komuniti IndyCar telah ikut campur dan Wickens berjaya mendapatkan simulator dari Cary dan Todd Bettenhausen, kembar kepada bekas pelumba IndyCar, Gary Bettenhausen. Stereng roda yang direka oleh IndyCar, Max Papis, syarikat innovasi yang didatangkan dari Utara Carolina, tetapi ia tidak hadir ke Indianapolis tepat pada waktu penyertaan Wicken.

Seperti kejohanan NASCAR minggu lalu, iRace mempunyai ramai bakat kerana pemandu yang muda-muda menggunakan teknologi – yang mana sukar untuk mendapatkannya dalam masa terdekat, tetapi ia juga mesti dipasang dalam rumah pemandu semasa perintah berkurung – dan keinginan menjadi sukan yang bagus untuk peminat yang dahagakan hiburan.

Pasukan-pasukan telah melihat ia adalah satu peluang untuk menunjukkan penaja-penaja mereka di masa tiada promosi dan aktiviti. Ia adalah penting bagi banyak pertubuhan untuk mewakili kereta dan penaja, yang mana mendapat slot Scott Speed di tempat Marco Andretti apabila Andretti menolak penyertaan.

Juara V8 Kereta Super Australia, Scott McLaughlin menyertai kejohanan dengan menjadi salah seorang pemandu pasukan Penske, tetapi ia adalah yang paling kepada perlumbaan sekarang ini bahawa debut IndyCar telah ditangguhkan. Dia dijadualkan untuk berlumba pada 9 Mei di litar Indanapolis Motor Speedway tetapi rancangan tersebut dibatalkan dan dipindahkan pada 4 Julai.

Keputusan perlumbaan tidak mengejutkan dengan iRacer mendahului kedudukan. Sage Karam, yang menyambut hari lahir yang ke-25 Mac lalu, memenangi perlumbaan tanpa pengalaman sebelum ini di Watkins Glen. Felix Rosenqvist, tahun lalu merupakan pemandu teratas baharu IndyCar, menduduki tempat kedua.

Krew Penske, Will Power dan McLauglin menduduki tempat ketiga dan keempat, diikuti oleh juara Indy Lights, Oliver Askew, yang berusia 23 tahun. – AP