Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran ancam Korea Selatan

    TEHRAN, 7 OKT – Pertikaian antara Iran dan Korea Selatan semakin tegang dengan Tehran mengancam tindakan perundangan kecuali Seoul melepaskan dana lebih AS$7 bilion bagi penghantaran minyak yang dibekukan disebabkan sekatan AS.

    “Kami mempunyai wang berjumlah AS$7.8 bilion yang disekat dalam bank Korea Selatan,” kata penggubal undang-undang Iran, Alireza Salimi.

    “Korea Selatan mengambil penghantaran minyak Iran ‘namun tidak membayarnya,” ujarnya kepada AFP.

    “Ia bukan rakan dagang boleh dipercayai dan seharusnya ia membayar faedah ke atas wang yang tidak dikendalikannya dengan betul,” dakwanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda