Iran, AS sedia tukar tahanan

TEHRAN, 10 MEI – Iran berkata hari ini ia bersedia untuk bertukar tahanan sepenuhnya dengan Amerika Syarikat (AS) ‘tanpa sebarang prasyarat’ tetapi Washington masih belum memberikan respons.

“Kami berkata tidak lama sebelum ini bahawa kami bersedia untuk bertukar kesemua banduan Iran dan Amerika,” agensi berita ISNA memetik jurucakap kerajaan Ali Rabiei sebagai berkata.

“Sekarang nampaknya Amerika lebih bersedia untuk menamatkan situasi ini,” tambah beliau, mendapati Iran sedang menunggu satu jawapan.

“Washington telah dimaklumkan tentang kesediaan kami dan kami fikir perantara tidak diperlukan.”

Republik Islam itu pada Disember membebaskan Xiyue Wang, seorang ahli akademik AS, dalam tukaran untuk saintis Massoud Soleimani dan berkata ia bersikap terbuka untuk pertukaran seterusnya. Rabiei juga meluahkan kebimbangan mengenai kesihatan beberapa banduan Iran yang ditahan di AS dan mendakwa mereka tidak dilayan dengan baik.

Salah seorang di antara mereka adalah Sirous Asgari, saintis Iran yang dijangkiti koronavirus ketika dalam tahanan, menurut kementerian luar Iran. Jurucakap kementerian berkata pada minggu lalu bahawa ‘segala-galanya sudah bersedia’ dan mengumumkan ‘beliau akan kembali ke Iran tidak lama lagi’ tanpa mengulas lanjut.

Iran menahan rakyat AS Siamak Namazi, disabit atas dakwaan termasuk pengintipan, kata bapa Baquer dan pakar alam sekitar Morad Tahbaz.

Menurut Jabatan Negeri AS, Iran buat sementara membebaskan veteran tentera laut AS Michael White pada 19 Mac. – AFP