Iran bakal perkenal langkah ketat

TEHRAN, 25 MAC – Presiden Iran mengingatkan kerajaannya dijangka memperkenalkan langkah ketat baharu ke atas koronavirus hari ini tatkala angka kematian daripada wabak paling teruk mencecah 2,000.

Presiden Hassan Rouhani berkata langkah baharu itu, yang mungkin dilaksanakan seawalnya petang ini, termasuk sekatan pertama Iran ke atas pergerakan untuk membendung penularan virus dan mungkin ‘sukar’ diterima orang awam.

Setakat ini, Iran telah menolak untuk mengenakan sebarang perintah berkurung, sebaliknya memilih untuk bergantung pada rayuan lisan meminta penduduk tinggal di dalam rumah. Namun rayuan tersebut tidak dihiraukan. Ratusan ribu penduduk Iran membanjiri jalan seperti biasa pada hujung minggu lalu untuk menghabiskan cuti Tahun Baharu bersama ahli keluarga meskipun kebimbangan penularan penyakit dari bandar besar ke kawasan desa. – AFP