Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Iran bantah pembinaan empangan air Turki

    TEHRAN, 10 MEI – Iran hari ini menyifatkan pembinaan empangan di hulu sungai oleh negara jirannya Turki sebagai ‘tidak boleh diterima’ di laluan air yang dikongsi bersama, menyeru Turki untuk menghentikan aktiviti pembinaan tersebut.

    “Pembinaan empangan oleh Turki di sempadan sungai adalah tidak boleh diterima dan kami menentangnya,” kata Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian dipetik berkata oleh agensi berita IRNA.

    Dia memberitahu parlimen mengenai isu yang telah dibangkitkan ‘sekurang-kurangnya tiga kali sejak beberapa bulan kebelakangan semasa pertemuan bersemuka di New York dan Tehran dan melalui panggilan telefon bersama menteri luar Turki bagi meluahkan ketidaksetujuan.

    “Saya memintanya untuk memberikan perhatian khusus kepada pembinaan empangan di Sungai Aras,” tambahnya.

    Amir-Abdollahain memberitahu bahawa sementara ‘tiada perjanjian bilateral berkaitan kerjasama air, sebagai negara jiran, kami meminta kerajaan Turki empat bulan lalu untuk membentuk jawatan kuasa bilateral bagi air untuk memberi tindak balas terhadap kebimbangan di kawasan tersebut.”

    Ucapan tersebut disampaikan ketika Iran berdepan dengan kemarau yang kerap sejak beberapa tahun kebelakangan, sebahagiannya berpunca daripada perubahan iklim, serta pembinaan empangan di negara-negara jiran.

    Tetapi sama seperti Turki, Iran juga bertanggungjawab kerana membina empangan di sungai yang dikongsi bersama Iraq, mengancam akses air di sana. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...