Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Iran bekalkan dron tempur kepada Rusia

    WASHINGTONG, 12 JULAI – Iran merancang untuk membekalkan ratusan dron yang dilengkapi dengan senjata kepada Rusia untuk digunakan di Ukraine, kata pegawai tinggi Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

    Penasihat Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih, Jake Sullivan berkata maklumat yang diterima oleh AS menyokong pendapat bahawa tentera Rusia pada masa ini berdepan dengan cabaran mengekalkan persenjataan selepas mengalami kekalahan di Ukraine.

    “Kerajaan Iran bersedia untuk membekalkan Rusia dengan ratusan pesawat udara tanpa pemandu (UAV), termasuk UAV yang dilengkapi senjata secepatnya,” kata Sullivan kepada wartawan.

    “Maklumat lanjut kami menunjukkan Iran pada masa ini bersedia untuk melatih tentera Rusia dalam menggunakan UAV tersebut, dengan sesi latihan awal yang akan dimulakan secepatnya sekitar awal Julai,” katanya.

    Setakat ini, mereka tidak pasti jika Iran telah menghantar dron itu atau tidak, kata Sullivan. Beliau menyatakan dron dari Iran itu pernah digunakan oleh pemberontak Houthi di Yaman untuk menyerang Arab Saudi.

    Oleh itu, dron tersebut memainkan peranan penting bagi kedua-dua pihak dalam perang di Ukraine, yang digunakan untuk melancarkan peluru berpandu dari jarak jauh, melancarkan bom-bom kecil pada sasaran, menjalankan tinjauan untuk pasukan artileri dan tentera darat. Tentera Ukraine meraih kejayaan tertentu semasa menggunakan dron tempur yang dibina dari Turkiye, Bayraktar dan AS serta negara sekutu lainnya telah membekalkan Kyiv dengan beberapa jenis dron kecil.

    “Daripada sudut pandangan kami, akan terus menjalankan peranan kami untuk membantu mengekalkan pertaha-nan Ukraine secara efektif dan membantu Ukraine dalam membuktikan usaha Rusia memusnahkan Ukraine tidak akan berjaya,” kata Sullivan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...