Iran beli 42 juta dos vaksin

TEHRAN, 26 NOV – Iran akan membeli kira-kira 42 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat asing untuk menyediakan kemudahan suntikan vaksin kepada 21 juta rakyatnya, lapor agensi berita Iran (IRNA).

Menteri Kesihatan, Rawatan dan Pendidikan Perubatan Saeed Namaki semalam berkata bekalan vaksin akan disalurkan antaranya menerusi Kemudahan COVAX dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang dijadual mengimport 16.8 juta dos untuk kira-kira 8.4 juta penduduk.

Beliau berkata dos selebihnya akan diterima dalam bentuk kontrak bersama beberapa syarikat asing. – Bernama