Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Iran berang tindakan EU

TEHRAN, 24 JAN – Iran berikrar akan bertindak balas terhadap sekatan baharu yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah dan Britain berhubung pengendalian protes selama berbulan-bulan yang dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini semasa dalam tahanan.

EU dan Britain kelmarin menjatuhkan satu lagi sekatan ke atas Iran, yang telah digegarkan oleh protes sejak kematian Amini pada 16 September, seorang Kurd Iran berusia 22 tahun yang telah ditangkap kerana didakwa melanggar kod pakaian wanita di negara itu.

Iran memberi amaran mengenai langkah-langkah tersebut selepas hubungan merosot secara mendadak, dengan EU dan Britain meningkatkan sekatan ke atas tindak balas pihak berkuasa terhadap protes itu.

“Langkah oleh Kesatuan Eropah dan rejim British merupakan petanda ketidakupayaan mental mereka untuk memahami dengan realiti di Iran, serta kekeliruan mereka mengenai kuasa republik Islam itu,” kata jurucakap Kementerian Luar, Nasser Kanani.

Beliau berkata Iran memiliki hak untuk membalas dendam terhadap dasar itu dan tidak lama lagi akan mengumumkan senarai sekatan baharu terhadap pelanggar hak asasi manusia dan penganjur keganasan di Kesatuan Eropah dan England”. – AFP

Gambar fail pada 19 September 2022, penunjuk perasaan mengangkat tangan dan membuat tanda kemenangan semasa protes untuk Mahsa Amini selepas ditangkap oleh “polis moral” republik Islam itu di Tehran. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -