Iran berkabung atas Rafsanjani

TEHRAN, 9 Jan – Iran memulakan perkabungan tiga hari, hari ini, selepas bekas presiden Akbar Hashemi Rafsanjani meninggal dunia, yang menjadi penyokong revolusi Islam.

Penghormatan telah diberikan kepada ulama sederhana itu, termasuk daripada Presiden Hassan Rouhani, yang dilaporkan berada di sampingnya sebelum kepergiannya yang mengalami serangan jantung pada usia 82 tahun.

“Islam telah kehilangan tokoh yang sangat bernilai, jeneral ulung, pejuang revolusi Islam yang berani dan permata luar biasa sistem Islam,” kata Rouhani.

Ahli politik dan pemimpin keagamaan Iran menghadiri upacara pengebumian di Hussainiya Jamaran, sebuah dewan keagamaan di utara Tehran yang dijalankan oleh keluarga Ayatollah Ruhollah Khomeini, pengasas republik Islam.

Rafsanjani, yang setelah berkhidmat selama dua penggal menjadi seorang reformis yang berhati-hati bagi mengimbangi kluster haluan kiri di sekeliling penggantinya, Mahmoud Ahmadinejad, yang akan dikebumikan pada Selasa di makam Khomenei di selatan Tehran.

Seorang lelaki meratapi keranda bekas presiden Akbar Hashemi Rafsanjani di masjid Jamaran di Tehran pada 9 Januari. – AFP
Seorang lelaki meratapi keranda bekas presiden Akbar Hashemi Rafsanjani di masjid Jamaran di Tehran pada 9 Januari. – AFP

Agensi berita ISNA berkata kematiannya pada Ahad merupakan ‘kehilangan besar bagi tokoh sederhana itu,” menggambarkan ayatollah sebagai ‘syeikh serba-sederhana’.

Rafsanjani merupakan penyokong penting Rouhani dan menyokong perjanjian nuklear Iran dengan kuasa-kuasa dunia.

Rouhani dijangka akan memegang penggal kedua dalam tempoh empat tahun pada undian Mei dan kini kehilangan penyokong utama menjelang pilihan raya penting. – AFP