Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Iran bidas kritikan AS pamer peralatan tentera

    TEHRAN, 27 MAC – Iran hari ini berkata ia mempunyai ‘hak’ untuk menunjukkan peralatan tenteranya, selepas ia dikritik oleh Amerika Syarikat (AS) kerana mempamerkan peralatan tentera di pertunjukan pertahanan Qatar.

    “Iran, sama seperti negara lain, mempunyai hak untuk menaik taraf kemampuan ketenteraannya atau mempamerkan produk tersebut di negara berjiran dan sahabat,” kata jurucakap kementerian luar, Saeed Khatibzadeh dipetik oleh agensi berita ISNA.

    Dia berkata lanjutan ‘kehadiran tentera AS di Teluk Parsi’ adalah lebih membimbangkan dan menjadikan wilayah itu ‘sangat tidak selamat’.

    Pada Khamis, jurucakap jabatan negara AS, Ned Price memberi amaran kemungkinan sekatan selepas pegawai tentera Iran menghadiri Pertunjukan Pertahanan Doha dan mempamerkan peralatan tenteranya.

    “Kami sangat berduka cita dan terganggu oleh kehadiran pegawai tentera Iran dan laporan pegawai Pengawal Revolusi Iran di pertunjukan pertahanan Doha di Qatar,” kata Price.

    “Kami sangat menolak kehadiran mereka di pertunjukan dan pameran pertahanan maritimnya,” tambahnya, menyifatkan Iran sebagai ‘ancaman terbesar kepada kestabilan maritim di wilayah teluk itu.”

    Iran mempamerkan sebahagian besar model pesawat, peluru berpandu dan kelengkapan tentera yang lain di pertunjukan itu, yang turut merangkumi lawatan oleh kapal laut daripada negara berlainan dan pertunjukan beberapa pembinaan kapal tentera tercanggih dunia.

    Qatar merupakan sekutu rapat AS, menjadi tuan rumah kepada ibu pejabat serantau Komando Pusat Pentagon di Pangkalan Udara Al-Udeid, dan membenarkan lawatan darat secara tetap oleh kapal laut AS yang meronda di wilayah teluk.- AFP

    Iran membidas kritikan AS dan berkata ia mempunyai ‘hak’ untuk menunjukkan peralatan tenteranya di pertunjukan pertahanan Qatar.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...