Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Iran bina peluru berpandu hipersonik

    TEHRAN, 10 NOV – Iran telah membangunkan peluru berpandu hipersonik yang mampu menembusi semua sistem pertahanan, dakwa Komander Unit Aeroangkasa Pengawal Revolusi, Jeneral Amirali Hajizadeh, hari ini.

    Peluru berpandu hipersonik, seperti peluru berpandu balistik tradisional yang boleh membawa senjata nuklear, boleh terbang lebih lima kali ganda kelajuan bunyi.

    “Peluru berpandu balistik hipersonik ini dibangunkan untuk menangkis perisai pertahanan udara,” kata Hajizadeh, dipetik oleh agensi berita Iran, Fars.

    “Ia akan dapat menembusi semua sistem pertahanan antipeluru berpandu,” kata jeneral itu, sambil menambah dia percaya ia akan mengambil masa beberapa dekad sebelum sistem yang mampu memintas itu dibangunkan.

    “Peluru berpandu ini, yang menyasarkan sistem antipeluru berpandu musuh, telah menggambarkan lonjakan generasi medan peluru berpandu yang hebat.”

    Pengumuman itu dibuat selepas Iran mengakui pada Sabtu lalu yang ia telah menghantar dron ke Rusia, tetapi berkata ia berbuat demikian sebelum perang Ukraine.

    The Washington Post melaporkan pada 16 Oktober yang Iran bersedia untuk menghantar peluru berpandu ke Rusia, tetapi Tehran menafikan laporan itu sebagai ‘palsu’. – AFP

    Grafik menunjukkan trajektori dan pengesanan senjata hipersonik. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...