Iran catat 71 lagi kematian

TEHRAN, 28 APRIL – Iran hari ini mengumumkan 71 lagi kematian akibat COVID-19 manakala kes jangkitan baharu pula sebanyak 1,000 kes.

Angka kematian direkodkan dalam masa 24 jam itu membawa kepada jumlah kematian sebanyak 5,877 orang akibat koronavirus itu di negara yang teruk terjejas itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Kianoush Jahanpour mengatakan 1,112 orang diuji positif bagi virus itu.

Ia membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan kepada 92,584 direkodkan di Iran semenjak ia mengumumkan kes pertamanya pada pertengahan Februari. Manakala jumlah yang pulih dan dibenarkan pulang adalah seramai 72,439 orang. – AFP