Iran catat kematian harian tertinggi

TEHRAN, 6 JULAI – Iran hari ini melaporkan 160 kematian dalam tempoh 24 jam, menghampiri kadar tertinggi 163 kematian semalam.

Republik Islam itu adalah negara paling terjejas di Asia Barat sejak kes pertama virus terbabit dikesan lewat Februari lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Sima Sadat Lari, berkata jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 di Iran kini mencapai 11,731 mangsa.

Tambah beliau, tempoh 24 jam lalu juga menyaksikan 2,613 mangsa lagi dijangkiti, menjadikan jumlah keseluruhan 243,051 dijangkiti virus itu. –AFP