Iran catat kematian harian tertinggi

TEHRAN, 5 JULAI – Pihak berkuasa kesihatan Iran hari ini mengumumkan 163 kematian baharu akibat koronavirus, jumlah kematian dalam tempoh 24 jam tertinggi di negara itu sejak wabak itu bermula pada bulan Februari.

Rekod sebelumnya dicatatkan dengan 162 kematian yang diumumkan pada hari Isnin di republik Islam itu, yang telah memerangi wabak yang meragut banyak nyawa di Timur Tengah.

Kematian baharu itu menjadikan jumlah korban di Iran kepada 11,571, kata jurucakap kementerian kesihatan Sima Sadat Lari di televisyen negeri. – AFP