Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Iran dakwa 20 berkaitan bangunan runtuh

    TEHRAN, 21 JULAI – Iran telah membuat pendakwaan terhadap 20 individu selepas insiden bangunan runtuh yang mencetuskan protes antirasuah, kata badan kehakiman hari ini.

    Bangunan Metropol 10 tingkat yang sedang dalam pembinaan di bandar Abadan, barat daya wilayah Khuzestan, runtuh pada 23 Mei lalu, mengorbankan 43 jiwa.

    Badan kehakiman wilayah berkata, ia telah menahan 13 individu, termasuk datuk bandar Abadan dan dua bekas datuk bandar berhubung kes berkenaan.

    “Mengambil kira kepentingan kes itu… ia telah dinilai dengan teliti dan dakwaan telah dikeluarkan terhadap 20 individu.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...