Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Iran dakwa ketua kumpulan pengganas

    TEHRAN, 6 FEB – Iran hari ini meng-hadapkan ke mahkamah seorang individu yang disyaki ketua ‘kumpulan pengganas’ yang berpangkalan di Amerika Syarikat dituduh menjadi dalang di sebalik pengeboman masjid pada tahun 2008, kata badan kehakiman.

    Jamshid Sharmahd berasal di Iran, 66, juga seorang warga Jerman dan penduduk AS, telah dituduh ‘atas kesalahan besar’ yang boleh membawa hukuman mati di republik Islam itu.

    “Perbicaraan Jamshid Sharmahd, ketua kumpulan pengganas Tondar, telah diadakan di tempat awam pagi ini,” kata agensi media Mizan Online, badan kehakiman itu.

    Sharmahd telah ‘dituduh melakukan kesalahan besar dengan merancang dan mengarahkan tindakan pengganasan, tambahnya, memetik pendakwaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...