Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Iran dedah peluru berpandu baharu

    TEHRAN, 22 SEPT – Iran mendedahkan peluru berpandu balistik jarak pertengahan hari ini semasa perarakan tentera meraikan perang Iran-Iraq, menurut televisyen kerajaan.

    “Peluru balistik Rezvan berkuasa cecair itu boleh beroperasi dengan jarak 1,400km,” menurut stesen itu yang menyiarkan imej peluru berpandu pada kenderaan tentera.

    Peluru Rezvan ditampilkan di Tehran semasa perarakan tahunan pasukan bersenjata untuk meraikan permulaan perang Iran-Iraq pada 1980-1988.

    “Ia adalah peluru balistik penuh ketepatan,” kata ketua Islamic Revolutionary Guard Corps, Mejar Jeneral Hossein Salami, dipetik oleh agensi berita IRNA. – AFP

    Antara peluru berpandu Iran yang dipamerkan semasa perarakan tahunan tentera pada 22 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...