Iran dedah peluru berpandu, enjin ‘generasi baharu’

TEHRAN, 9 FEB – Revolutionary Guards Iran hari ini mendedahkan peluru berpandu jarak dekat yang mereka katakan boleh dikuasai dengan enjin ‘generasi baharu’ yang direka untuk menempatkan satelit ke orbit.

Laman web Guards, Sepahnews berkata peluru berpandu Raad-500 dilengkapi dengan enjin baharu Zoheir yang diperbuat daripada material komposit yang lebih ringan daripada model-model keluli sebelumnya.

Ia juga mendedahkan enjin Salman yang diperbuat daripada material sama namun dilengkapi dengan ‘muncung boleh alih’ bagi penghantaran satelit ke ruang angkasa.

Raad adalah “peluru berpandu generasi baharu yang mempunyai berat separuh daripada peluru berpandu Fateh-110 namun dengan jarak lebih 200km,” tambahnya.

Fateh-110 adalah peluru berpandu balistik dari darat ke darat pertama didedahkan pada 2002. Ia adalah generasi baharu dengan jarak 300km.

Komander Kor Revolutionary Guard Islam, Mejar Jeneral Hossein Salami mendedahkan peluru berpandu dan enjin itu bersama Ketua Aeroangkasa IRGC, Brigedier Jeneral Amirali Hajizadeh.

“Pencapaian rumit dalam kecanggihan teknologi global yang didedahkan hari ini itu adalah kepentingan kita untuk memasuki ruang angkasa,” kata Salami. – AFP