Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Iran dilanda cuaca sejuk

    TEHRAN, 16 JAN – Kebanyakan pejabat kerajaan, universiti dan sekolah di seluruh Iran kekal ditutup Ahad ketika gelombang sejuk melanda negara itu selain kekurangan bekalan gas.

    Penurunan suhu secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, termasuk di ibu negara Tehran, menyebabkan penggunaan tenaga meningkat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Pegawai berkata langkah itu bertujuan mengurus penggunaan gas bagi memastikan tiada kekurangan bekalan gas untuk isi rumah dan perkhidmatan kecemasan, lapor agensi Anadolu.

    Menurut Kementerian Minyak Iran, penggunaan gas di negara itu melonjak 30 peratus tahun ini berbanding musim sejuk lepas yang mendorong pihak berkuasa menutup pejabat dan institusi pendidikan.

    Iran mempunyai rizab minyak dan gas terbesar di rantau ini, bersamaan dengan 1.2 trilion tong, yang belum diterokai sepenuhnya.

    Hanya satu pertiga cawangan setiap bank di wilayah Tehran dibuka pada Ahad mengikut arahan gabenor wilayah manakala kelas sekolah dan universiti dijalankan secara dalam talian. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...