TEHRAN, 21 NOV – Iran mengeksport 250 juta tan bahan makanan dan produk pertanian ke Qatar setiap hari semasa kejohanan Piala Dunia FIFA, kata ketua Pertubuhan Promosi Perdagangan (TPO) Iran, Ali-Reza Peyman-Pak.
Beberapa kargo mengandungi produk Iran telah dihantar ke Qatar dan negara jiran di bawah perjanjian antara kedua-dua negara, lapor agensi berita Republik Islam (IRNA).
Pelaksanaan perjanjian sedemikian telah disediakan ketika TPO menyertai pameran di Doha, Qatar baru-baru ini. – Bernama