Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran hadapi sekatan AS

    TEHRAN, 6 Ogos – Warga Iran hari ini sedang bersedia untuk menghadapi pengembalian sekatan Amerika Syarikat (AS) di sebalik bantahan dan tindakan keras rasuah yang membelenggu kerajaan Presiden Hassan Rouhani.

    Negara itu telah melihat bantahan dan mogok di beberapa bandar yang dicetuskan oleh kebimbangan mengenai kekurangan air, ekonomi dan kemarahan terhadap sistem politik.

    Wartawan melaporkan penempatan polis rusuhan pada malam semalam, termasuk sekurang-kurangnya sebuah kereta perisai anggota di bandar Karaj, barat Tehran, yang telah menjadi pusat pergolakan.

    Internet diputuskan di kawasan itu, sebahagian daripada usaha bersepadu untuk menyekat liputan mengenai pergolakan yang termasuk sekatan untuk wartawan asing.

    AS dijangka mengenakan semula sekatan esok selepas keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 pada Mei.

    Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berjanji semalam bahawa AS akan ‘menguatkuasa sekatan’ dan tekanan ke atas Tehran bertujuan ‘mengundurkan aktiviti jahat Iran’.

    Ketegangan telahpun mencetuskan premintaan mendadak terhadap mata wang Iran, yang kerugian lebih separuh daripada nilainya sejak April lalu dan memburukkan lagi kebimbangan mengenai pengangguran yang tinggi, inflasi dan kekurangan pembaharuan.

    Rouhani dijangka menyampaikan ucapan kepada negara di televisyen lewat hari ini untuk menggaris kasar pelan untuk mengatasi kemerosotan mata wang dan kesan sekatan.

    Kerajaannya melancarkan dasar tukaran asing baharu lewat semalam, membenarkan mata wang bebas cukai yang tidak terhad dan import emas serta pembukaan semula biro tukaran selepas kegagalan percubaan untuk menetapkan nilai rial pada April membawa kepada rasuah pasaran gelap. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda