Iran: Kematian virus cecah 11,000

TEHRAN, 2 JULAI – Jumlah kematian akibat koronavirus di Iran melebihi 11,000 hari ini, menurut Kementerian Kesihatan, ketika negara itu bergelut membendung wabak maut COVID-19.

Jumlah rasmi telah menunjukkan trajektori korban jiwa meningkat dan kes baharu dalam beberapa bulan kebelakangan, selepas Iran melaporkan jumlah jangkitan rendah hampir dua bulan pada awal Mei.

“Dalam tempoh 24 jam, kami kehilangan 148 saudara kami akibat COVID-19,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Sima Sadat Lari dalam televisyen.

Ia membawa jumlah keseluruhan korban jiwa di Iran kepada 11,106, tambahnya. Beliau juga mengatakan jumlah keseluruhan kes sebanyak 232,863 dengan 2,652 kes baharu beberapa hari kebelakangan. – AFP