TEHRAN, 4 OKT – Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan kerajaan untuk menghalang rakan sekelas mereka dari Iran.
Langkah mengejut itu diumumkan pada September itu dibuat di tengah-tengah usaha di Iran untuk memerangi Barat yang dilihat oleh golongan konservatif sebagai ancaman kepada nilai-nilai teras yang wujud sejak revolusi Islam 1979.
Sekolah antarabangsa mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri, bagaimanapun, kerana peraturan-perturan yang baharu telah menghalang mereka daripada mendapatkan pelajar sedia ada mereka.
Kini, hanya 60 pelajar yang bersekolah di sekolah Perancis di utara Tehran berbanding 359 yang telah mendaftar pada awal tahun akademik.
Sekolah Jerman, antara yang paling terjejas dengan keputusan itu, hanya mampu menerima 50 daripada 380 pelajar.
“Ia adalah keadaan yang sangat sukar,” kata seorang bapa kepada dua pelajar Iran yang hanya pernah bersekolah di sekolah Perancis. “Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan anak-anak kami yang tiba-tiba mendapati diri mereka tidak bersekolah.”
Iran mempunyai beberapa buah sekolah antarabangsa, termasuk lapan di Tehran, yang dihadiri lebih 2,000 pelajar sebelum langkah baharu itu dikuatkuasakan, menurut agensi berita Tasnim.
Tetapi hanya 10 peratus yang memenuhi kriteria untuk dibenarkan masuk ke sekolah antarabangsa di bawah peraturan Iran, lapor agensi berita itu pada Ogos.
Di bawah peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Pendidikan Iran, hanya warganegara asing yang tinggal di Iran dan pelajar Iran yang menamatkan sebahagian daripada pendidikan mereka di luar negara, antara pengecualian lain, yang dibenarkan untuk mendaftar di sekolah antarabangsa. – AFP
