Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran, Korea Selatan buat hal lagi

    SEOUL, 29 Ogos – Iran mencetuskan perang mulut di Korea Selatan selepas mengadu padang latihan mereka di negara itu menjelang aksi kelayakan penting Piala Dunia zon Asia.

    Dengan pasukan pelawat sudah menyelamatkan tempat sebagai pemenang Kumpulan A dan hanya tangga kedua pasti menyertai mereka di Rusia, tekanan lebih condong ke arah Korea yang akan menghadapi pertembungan penting dalam perlawanan terakhir menentang Uzbekistan di tangga ketiga di Tashkent minggu depan.

    Jurulatih Iran Carlos Queiroz membangkitkan persekitaran yang terlalu panas semalam dengan mendakwa padang latihan di Incheon, 27 km ke barat Seoul, tidak memenuhi standard negara itu yang menghoskan Piala Dunia bersama Jepun pada 2002 yang lalu.

    “Kualiti rumput tidak bagus. Ia bukan apa yang anda harapkan dari sebuah negara yang menghoskan Piala Dunia,” tambah bekas jurulatih Real Madrid itu menurut media Korea.

    Ketua jurulatih Korea Selatan Shin Tae-Yong berkata dia tidak terlibat dalam permainan minda pra-perlawanan tetapi membalas: “Orang ramai tahu bagaimana kami dilayan apabila mengunjungi Iran tahun lepas. Saya tidak mahu terlibat dalam permainan psikologi. Saya rasa mereka mendapatkan layanan bagus di sini.”

    Oktober lalu, Korea Selatan tewas 1-0 di Tehran, kekalahan kali keempat berturut-turut kepada Queiroz apabila Taeguk Warriors juga tidak gembira dengan padang latihan negara itu dan pangkalan mereka terlalu jauh dari stadium. Perbalahan itu adalah yang terbaru dalam sejarah panjang pertikaian buruk di antara kedua-dua negara.

    Empat tahun lalu bekas jurulatih Korea Choi Kang-Hee mengadu mengenai kemudahan latihan Tehran yang substandard dan mengisytiharkan dia akan gembira menyingkirkan Iran dari Piala Dunia 2014 dalam aksi timbal balik di Seoul.

    Queiroz meminta permohonan maaf sambil berkata Choi telah ‘memalukan rakyat Iran’. Di sebalik memohon maaf, Choi meramalkan Queiroz akan menyaksikan Piala Dunia dari kaca televisyen.

    Apabila Iran menang 1-0 di Seoul untuk layak, Queiroz didakwa membuat gerak isyarat kurang sopan terhadap pasukan lawan dan pemain Iran dibaling dengan botol air oleh penyokong tuan rumah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda