Iran kutuk ‘campur tangan’ Perancis

TEHRAN, 4 OKT – Iran menuduh Perancis hari ini ‘campur tangan’ dalam hal ehwal domestiknya selepas ia berusaha mendapatkan akses konsul kepada ahli akademik warga Perancis-Iran Fariba Adelkhah.

Iran tidak mengiktiraf dwi-kerakyatan dan telah menolak permintaan yang sama dari kerajaan Barat lain untuk akses konsul. Kes Adelkhah timbul tatkala Perancis mempelopori usaha Eropah untuk membroker satu dialog di antara pemimpin Iran dan Presiden AS Donald Trump.

“Kementerian luar menganggap tindakan kerajaan Perancis tidak dapat diterima dan menganggapnya satu campur tangan dalam hal ehwal domestik negara kami,” kata jurucakap kementerian Abbas Mousavi dalam satu kenyataan.

“Adelkhah ialah seorang warga Iran dan beliau menerima faedah segala hak sebagai seorang warga Iran.

“Tidak adanya asas untuk campur tangan ini oleh kementerian luar Perancis,bukan sahaja tindakan ini dapat membantu kes tetapi ia menimbulkan risiko akan merumitkan lagi prosiding kehakiman.” Seorang jurucakap berkata semalam kementerian luar Perancis telah ‘berkali-kali meminta akses konsul kepada Adelkhah dan pembebasan beliau.’

Pihak berkuasa Perancis pertama mengumumkan penahanan Adelkhah pada 15 Julai. – AP