Iran lapor 200 kematian COVID-19

TEHRAN, 7 JULAI – Iran hari ini mengumumkan 200 lagi kematian akibat koronavirus, paling tinggi dalam sehari semenjak wabak itu bermula di negara itu dalam Februari.

Rekod sebelumnya adalah pada Ahad sebanyak 163 kematian.

“Malangnya, dalam masa 24 jam lalu, kita kehilangan 200 saudara kita, membawa jumlah keseluruhan mangsa virus kepada 11,931 orang,” kata jurucakap wanita kementerian kesihatan, Sima Sadat Lari dalam pengumuman di televisyen negara. – AFP