Iran lapor kes pertama varian Omicron

TEHRAN, 19 DIS – Iran telah mengesan kes pertama varian Omicron, kata timbalan menteri kesihatan, Kamal Heidari kepada televisyen kerajaan hari ini.

Seorang lelaki Iran dari Tehran telah diuji positif selepas pulang dari Emiriah Arab Bersatu.

“Kami mengesannya dengan pantas dan segera mengkuarantin dan kontak rapat,” kata Heidari.

Satu mesyuarat kecemasan telah diadakan untuk membincangkan cara menghentikan penularan varian termasuk cadangan untuk menutup sementara sekolah-sekolah. – AFP