Iran lapor lebih 2,000 kes baharu

TEHRAN, 10 JUN – Iran hari ini mengumumkan lebih 2,000 kes baharu jangkitan koronavirus, sejajar dengan pertambahan mendadak dalam kes-kes yang Presiden Hassan Rouhani anggap untuk meningkatkan ujian.

“Apabila ujian banyak dilakukan, maka lebih banyak kes dikenal pasti,” kata Rouhani kepada mesyuarat kabinetnya.

Namun jumlah tinggi kes baru-baru ini ‘tidak mempunyai aspek negatif, dan orang ramai tidak perlu khuatir,” tambahnya.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Sima Sadat Lari berkata 2,011 jangkitan disahkan dalam tempoh 24 jam yang membawa jumlah keseluruhan seramai 177,938.

Tambahnya, korban jiwa telah mencecah 8,506 dengan 81 kematian baharu pada tempoh sama. – AFP