Iran nafi campur tangan hal ehwal negara Arab

TEHRAN, 5 Feb – Kementerian Luar Negeri Iran mengetepi dakwaan yang dibuat oleh menteri hal ehwal luar negeri UAE mengenai campur tangan Tehran dalam hal ehwal dalaman negara Arab, lapor Press TV semalam.

Pegawai UAE perlu bersikap rea-listik dan mengelak mengulang dakwaan tidak berasas yang tidak mempunyai hasil kecuali penyimpangan di kalangan negara serantau, kata Jurucakap Kementerian Luar Iran Bahram Qasemi semalam. – Xinhua