TEHRAN, 21 Ogos – Menteri Pertahanan Iran yang baru dilantik, Brigadier Jeneral Amir Hatami berkata dalam satu kenyataan bahawa Iran akan meneruskan program peluru berpandu pertahanannya.
Hatami membuat kenyataan tersebut di luar mesyuarat kabinet pertama pentadbiran baru, agensi berita rasmi IRNA melaporkan.
“Kami akan berpegang teguh kepada industri pertahanan kami dan kami tidak akan melewatkan misi tersebut dalam kementerian pertahanan,” kata Hatami.
Beliau juga mengatakan bahawa program pertahanan Iran tersebut tidak akan terjejas oleh sebarang tekanan ataupun rintangan sekatan daripada pihak luar.
Pegawai Amerika Syarikat telah mengatakan program peluru berpandu pertahanan balistik Iran adalah ancaman kepada kepentingan Amerika Syarikat di dunia.
Para pegawai Iran sebulat suara menganggap ujian peluru berpandu sebagai ‘tidak dapat dielakkan’ negara untuk meningkatkan kuasa yang menghalang. – Xinhua