Iran nafi laporan pertukaran banduan AS

TEHRAN, 3 MEI – Iran hari ini menafikan laporan media yang mengatakan perjanjian pertukaran banduan telah dicapai bersama Amerika Syarikat, sejajar dengan rundingan nuklear melibatkan dua negara tersebut.

“Laporan dari sumber yang diketahui, belum disahkan, seperti yang dikatakannya pada masa lalu,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Saeed Khatibzadeh memberitahu sidang berita.

Namun tambahnya, “adanya rancangan dan idea untuk diteruskan,” tanpa menjelaskan lanjut.

Komennya muncul selepas berita termasuk televisyen Iran hari ini memetik sumber ‘diketahui’ mengatakan yang Tehran dan Washington akan melakukan pertukaran banduan.

Menurut laporan sumber itu lagi di bawah tekanan Kongres AS dan bagi mendapatkan keputusan segera’ dalam fail nuklear, ‘Amerika bersetuju untuk membayar AS$7 juta dan membebaskan empat warga Iran…sebagai pertukaran kepada empat pengintip Amerika. Pegawai kanan Rumah Putih juga menafikan laporan itu kelmarin.– AFP