Iran nafi serang kapal tangki

DUBAI, 14 JUN – Iran hari ini mengetepikan sebagai ‘tidak berasas’ tuduhan Amerika Syarikat (AS) mengatakan ia melancarkan serangan berkembar yang mengakibatkan dua kapal tangki terbakar di Teluk Oman, sekali gus memburukkan lagi ketegangan di rantau dan menyebabkan harga minyak dunia meningkat.

Setiausaha Negara Mike Pompeo mengingatkan Washington untuk mempertahan tentera dan sekutunya di rantau, dan AS mengemukakan kesnya apabila Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertemu untuk menyelesai kejadian itu, yang kedua dalam sebulan di jalan perkapalan strategik itu.

Menteri Luar Mohammad Javad Zarif menulis di Twitter hari ini mengatakan pentadbiran AS telah ‘melemparkan dakwaan ke atas Iran tanpa sebarang fakta atau bukti yang kukuh.’

Beliau menuduhnya berusaha ‘mensabotaj diplomasi’ di tengah lawatan ke Iran oleh Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan ‘menutup keganasan ekonominya ke atas Iran’ dengan mengenakan sekatan satu pihak. – AFP

Gambar bertarikh 13 Jun 2019 yang dikeluarkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat menunjukkan kelasi di atas kapal pembinasa kelas Arleigh Burke USS Bainbridge memberikan bantuan kepada kru Kokuka Courageous, salah sebuah kapal tangki minyak yang disyaki telah diserang di Teluk Oman. – AP