Iran nafi serangan siber AS

TEHRAN, 24 JUN – Iran berkata hari ini bahawa tiada serangan siber terhadap republik Islam itu telah berjaya, selepas media Amerika melaporkan Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan itu selama seminggu di tengah-tengah ketegangan antara kedua negara itu.

“Media menanyakan mengenai kebenaran serangan siber terhadap Iran.

“Tiada serangan berjaya dilakukan oleh mereka, walaupun mereka melakukan banyak usaha,” kata menteri telekomunikasi, Mohammad Javad Azari Jahromi di Twitter tanpa merujuk kepada sebarang serangan dari AS. – AFP