Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Iran namakan duta ke Arab Saudi

    TEHRAN, 25 MEI – Iran telah menamakan dutanya ke Arab Saudi, menurut laporan media negara kelmarin, menamatkan kepincangan dalam hubungan selama lebih tujuh tahun selepas saingan serantau itu memutuskan hubungan.

    Utusan baharu itu, Alireza Enayati, yang sebelum ini berkhidmat sebagai duta Iran ke Kuwait, penolong menteri luar negeri dan ketua pengarah hal ehwal Teluk di kementerian luar, menurut akhbar Iran Daily.

    Tiada pengesahan segera mengenai pelantikannya daripada kementerian luar Iran.

    Kedua-dua buah negara kuasa besar Timur Tengah itu, selepas bertahun-tahun berselisih, menandatangani perjanjian damai mengejut di China pada 10 Mac lalu.

    Arab Saudi telah memutuskan hubungan dengan Iran pada 2016, selepas kedutaannya di Tehran dan konsulat di bandar kedua Mashhad diserang semasa protes terhadap hukuman mati ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

    Kedua-dua buah kerajaan telah mengadakan beberapa dialog di Iraq dan Oman sebelum menandatangani perjanjian damai.- AFP

    Alireza Enayati, utusan Iran yang dinamakan ke Arab Saudi.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...