Iran nasihat elak kunjungan Aidilfitri

TEHRAN, 21 MEI – Iran menyeru rakyatnya hari ini untuk mengelak perjalanan semasa festival Aidilfitri ketika ia mengumumkan peningkatan baharu dalam jangkitan koronavirus.

Republik Islam itu telah memasuki bulan keempat dalam pertarungannya untuk membendung virus. “Kebimbangan besar kami” adalah ketika mendapat ‘kemuncak baharu penyakit itu di negara yang tidak menghormati peraturan kesihatan,” kata Menteri Kesihatan, Saeed Namaki.

“Jadi saya meminta penduduk Iran…untuk tidak berkunjung semasa Hari Raya Aidilfitri. Perjalanan baharu bermaksud jangkitan baharu COVID-19,” katanya, memetik agensi berita separa rasmi ISNA. – AFP