Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Iran panggil duta Britain, Norway

    TEHRAN, 25 SEPT – Menteri Luar Iran hari ini berkata dia telah memanggil duta Britain untuk membantah apa yang disifatkannya sebagai ‘mengundang rusuhan’ oleh saluran televisyen berbahasa Parsi yang mengkritik Tehran yang berpangkalan di London.

    Duta Norway turut diarahkan untuk hadir di kementerian tersebut, untuk menjawab pertanyaan mengenai ‘campur tangan dan komen tidak membina mengenai hal ehwal dalaman Iran’ yang dibuat oleh speaker parlimen di Oslo ketika tunjuk perasaan, menurut kenyataan daripada kementerian.

    Siri bantahan berdarah mengemparkan Iran sejak kematian wanita berusia 22 tahun, Mahsa Amini pada 16 September berikutan penahanannya oleh polis Iran kerana dilaporkan dia tidak mematuhi etika berpakaian negara itu.

    Sekurang-kurangnya 41 orang, kebanyakannya pembantah dan termasuk anggota keselamatan, terbunuh dan beratus-ratus lagi ditahan semasa demonstrasi yang sering diadakan pada waktu malam.

    Duta Britain dipanggil ke kementerian tersebut untuk memberikan penjelasan mengenai tindakan ‘hasutan dan mengundang rusuhan dan kekacauan meluas’ oleh saluran televisyen yang berpangkalan di United Kingdom. – AFP

    Para penunjuk perasaan membuat bantahan terhadap kematian seorang wanita berusia 22 tahun yang mati semasa dalam tahanan polis. Kementerian Luar Iran telah memanggil duta Britain dan Norway meminta penjelasan mengenai tindakan ‘hasutan dan mengundang rusuhan dan kekacauan meluas’ oleh saluran televisyen yang berpangkalan di UK. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...