Iran puji kejayaan pelancaran satelit tentera

TEHRAN, 22 APRIL – Revolutionary Guards Iran telah mengumumkan mereka berjaya melancarkan satelit pertama tentera negara itu hari ini, ketika ketegangan diperbaharui semula dengan angkatan AS di Teluk.

Amerika Syarikat (AS) mendakwa program satelit Iran adalah sebagai menutup pembangunan peluru berpandunya. Republik Islam itu sebelum ini menegaskan aktiviti ruang angkasanya mematuhi kewajipan antarabangsa.

Ketegangan antara sekutu-sekutu bermusuh itu memuncak minggu lalu dengan AS menuduh Iran mengganggu kapal-kapalnya di Teluk.

Kor Revolutionary Guards Islam itu berkata pelancaran satelit mengejutkan itu menjadi sejarah penting bagi negaranya.

“Satelit pertama Republik Islam Iran telah berjaya dilancarkan ke orbit,” menurut laman web Sepahnews milik Guards.

Gambar yang disiarkan oleh Sepahnews pada 22 April menunjukkan roket Iran membawa satelit yang dilancarkan dari tapak tidak didedahkan yang dipercayai di wilayah Semnan, Iran. – AP

Satelit yang digelar Nour – bermaksud ‘cahaya’ dalam Bahasa Parsi – telah dilancarkan dari padang pasir Markazi, pusat penara Iran.

Satelit itu ‘mengorbit bumi sekitar 425km’ di atas paras laut, menurut Sepahnews.

Pelancaran itu ‘adalah kejayaan besar dan pembangunan terbaharu di bidang angkasa bagi Iran,” tambahnya.

Televisyen negara menyiarkan rakaman dari pelbagai sudut roket berlepas ke langit biru.

Roket itu membawa nama Qassed, bermaksud ‘utusan’, dalam apa yang kelihatannya pertama kali Iran telah menggunakan pelancar jenis ini. – AFP