Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Iran pulangkan vaksin buatan AS

    TEHRAN, 22 FEB – Iran memulangkan 820,000 dos vaksin koronavirus yang dihantar oleh Poland kerana ia dikilangkan di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan TV negara kelmarin.

    Siaran TV memetik ucapan Mohammad Hashemi, pegawai di Kementerian Kesihatan, berkata bahawa Poland mendermakan kira-kira satu juta dos vaksin AstraZeneca buatan Britain-Sweden kepada Iran.

    “Tetapi apabila ia tiba di Iran, kami dapati 820,000 dos yang diterima diimport oleh Poland dari AS,” katanya.

    Hashemi berkata, “Selepas mengkoordinasi dengan duta Poland ke Iran, ia memutuskan bahawa vaksin berkenaan akan dihantar pulang.

    Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang berkuasa untuk membuat keputusan dalam semua hal negara, pada 2020 menolak sebarang kemungkinan vaksin buatan AS atau Britain untuk memasuki negara itu, menggelarnya sebagai ‘diharamkan’.

    Iran kini hanya mengimport vaksin dari Barat yang tidak dihasilkan di AS atau Britain.

    Iran kini bergelut dengan gelombang keenam jangkitan koronavirus dan pihak berkuasa berkata varian Omicron yang agresif kini mendominasi negara. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...