Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi

    TEHRAN, 5 DIS – Iran merancang menambah pengeluaran gas aslinya dari medan pengeluaran di Teluk Parsi, menurut seorang pegawai di Kementerian Petroleum.

    Esmail Amiri yang mengetuai projek jabatan pembangunan Pars Oil and Gas Company, pada Ahad berkata syarikat itu akan melabur berbilion dolar untuk membangunkan empat medan gas di Teluk Parsi pada tahun-tahun akan datang, menurut agensi berita Iran (IRNA).

    Amiri berkata medan pengeluaran yang dirancang dibangunkan ialah Kish, Farzad, Belal dan Fasa 11 dan Fasa 14 South Pars, medan gas terbesar di dunia yang melintasi sempadan maritim antara Iran dan Qatar. Projek pembangunan itu akan meningkatkan pengeluaran gas Iran sehingga 56 juta meter padu sehari. Iran mempunyai kapasiti pengeluaran gas nominal kira-kira 1,000 mcm sehari dengan lebih 700 mcm dikeluarkan dari South Pars. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...