Iran sambung semula pengayaan uranium

TEHRAN, 7 NOV – Iran menyambung semula pengayaan uranium di loji bawah tanahnya, Fordow selatan Tehran hari ini dalam langkah keingkaran baharu daripada komitmennya di bawah perjanjian nuklear 2015, membangkitkan kebimbangan daripada kuasa-kuasa Barat.

Jurutera-jurutera mula memasukkan gas heksafluorida uranium ke dalam penyimpanan empar pengayaan loji terbabit dalam ‘dalam minit pertama hari ini’, kata Persatuan Tenaga Atom Iran.

Penangguhan pengayaan uranium di loji penuh rahsia itu adalah salah satu penyekatan dalam program nuklearnya yang Iran telah persetujui sebagai tukaran bagi pembatalan sekatan.

Pengumuman Iran yang ia akan menyambung semula pengayaan di loji Fordow bermula tengah malam semalam telah mencetuskan kebimbangan daripada parti-parti yang terlibat dalam persetujuan itu.

Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia telah berusaha untuk menyelamatkan perjanjian yang sukar dimenangi itu sejak Washington meninggalkannya pada Mei tahun lalu dan mengenakan semula sekatan sebelah pihak.

Penyambungan semula pengayaan di Fordow merupakan langkah keempat paling jauh Iran dari persetujuan itu.

AS menggesa ‘langkah serius’ perlu diambil sebagai respons pada tindakan terbabit. – AFP