Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran sedia bantu selesai konflik

    TEHRAN, 16 OKT – Iran sedia membantu proses damai dan penyelesaian konflik di wilayah Nagorno-Karabakh menerusi hubungan erat dengan masyarakat serantau dan antarabangsa, lapor agensi berita Xinhua, memetik Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif semalam.

    Rangka kerja untuk melaksanakan proses perdamaian dapat menyatukan Iran, Turki, Rusia, dan Kumpulan Minks, Zarif membuat kenyataan itu dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Jeyhun Bayramov semalam, lapor agensi berita rasmi IRNA. Pada 5 Oktober, Jurucakap Kementerian Luar Iran Saeed Khatibzadeh mengatakan Iran telah menyiapkan rancangan untuk membantu menyelesaikan konflik bersenjata antara Armenia dan Azerbaijan di wilayah Nagorno-Karabakh. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda