Iran sedia tukar banduan dengan AS

TEHRAN, 9 DIS – Iran mengeluarkan kenyataan hari ini, mereka akan mengaturkan pertukaran banduan dengan Amerika Syarikat (AS) dengan menekankan bahawa pertukaran pada hujung minggu ini bukanlah hasil daripada rundingan rasmi bersama sekutunya.

Presiden AS Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada pihak Iran dan menggelar rundingan tersebut sebagai “perundingan yang sangat adil” setelah seorang sarjana AS dilepaskan pada Sabtu lalu sebagai pertukaran saintis Iran yang diadakan di AS.

Pertukaran itu melibatkan seorang warga AS, Xiyue Wang yang dilahirkan di Iran sejak tahun 2016, dan seorang saintis Iran, Massoud Soleiman yang ditahan di AS sejak tahun 2018.

Namun kerajaan Iran menolak anggapan yang dilontarkan bahawa pertukaran ini merupakan rundingan antara dua buah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak tahun 1980an. – AFP