Iran: Sekatan PBB telah dibatalkan

TEHRAN, 18 OKT – Iran mengatakan sekatan PBB ke atas penjualan senjata ke dan dari republik Islam itu sudah mansuh hari ini sejajar dengan perjanjian nuklear 2015 bersama kuasa-kuasa dunia yang mana Washington telah menarik diri.

Tehran, yang dijangka kini boleh membeli senjata dari Rusia, China dan di mana-mana, telah memuji perkembangan itu sebagai kemenangan diplomatik ke atas musuh ketatnya Amerika Syarikat (AS) yang cuba untuk mengekalkan pembekuan penjualan senjata.

“Setakat hari ini, semua penyekatan ke atas pemindahan senjata-senjata, aktiviti berkaitan dan perkhidmatan kewangan ke dan dari Republik Islam Iran…semuanya dibatalkan secara automatik, menurut kementerian luar negeri dalam satu kenyataan. – AFP

Gambar fail 2 Februari 2019 menunjukkan penduduk Iran mengunjungi pameran peralatan dan senjata tentera di bandar Tehran. – AFP